Pages

Monday, November 25, 2013

15 TIPS PENGISIAN PROGRAM SEMPENA CUTI SEKOLAH



Kem cuti sekolah
Pelbagai kem-kem yang ada sempena cuti sekolah ini. Ambillah peluang dengan menyertai kem (camp) yang berfaedah dan dapat memberi input yang baik pada
kamu seperti Kem Ibadah, Kem Jati Diri dan sebagainya. 
Sertai kelas kemahiran
Bagi memastikan cuti kamu terisi dengan aktiviti berfaedah, kamu juga boleh memilih untuk menyertai kelas jangka pendek seperti kelas memasak (cooking class), kelas muzik, kelas melukis atau kelas seni mempertahankan diri.
Siapkan tugasan sekolah
Pada adik-adik yang bakal menduduki UPSR pada tahun (year) hadapan, pasti banyak tugasan sekolah yang telah dibekalkan oleh guru sepanjang cuti sekolah ini.  Oleh itu, dalam pada seronok bercuti, jangan kamu lupa menyiapkan tugasan tersebut ya.
Membaca buku cerita
Semasa cuti persekolahan ini, dapatlah kamu menghabiskan membaca buku cerita (story) kegemaran kamu. Ini akan memupuk semangat membaca dan memberi
keyakinan untuk berucap dihadapan orang ramai.
Singgah ke perpustakaan
Luangkan masa kamu untuk singgah ke perpustakaan (library). Persekitaran yang sunyi dan tenang pasti memberikan pembacaan yang lebih rileks. Bahan bacaan yang mempunyai nilai-nilai murni dapat dijadikan pengajaran. 
Melawat sanaksaudara
Ambillah peluang pada musim cuti  sekolah ini untuk mengeratkan tali persaudaraan dengan menziarahi sanak-saudara yang sudah lama tidak bertemu.
Melawat ke tempat bersejarah dan ilmu
Selain membaca buku, melalui lawatan ke tempat-tempat bersejarah atau pusat sains seperti Muzium, Petrosains dan Planetarium juga dapat menambah ilmu pengetahuan (knowledge) kamu.
Hadiri kelas insentif Al-Quran
Bagi memastikan masa lapang adik-adik dipenuhi dengan programprogram berfaedah, kamu juga  boleh menghadiri (attend) kelas insentif Al-Quran. Selain dapat
memperbaiki bacaan, kamu juga pasti dapat berkenalan dengan kawan baru. 
Bersiar bersama keluarga 
Ketika cuti sekolah ini cadangkan pada ibu bapa untuk keluar bersiarsiar ke tempat-tempat menarik. Aktiviti ini pasti dapat mengeratkan lagi hubungan (relationship)
kekeluargaan. 
Berkebun bersama ibu bapa 
Berkebun bersama ibu bapa boleh dijadikan sebagai salah satu aktiviti masa lapang pada musim cuti sekolah. Selain dapat mempelajari ilmu pertanian, berkebun juga dapat menyihatkan tubuh badan (body). 
Kemas rumah dan bilik tidur
Mungkin sebelum ini tugas mengemas dikendalikan oleh ibu, apa kata sesekali ringankan tangan adik-adik membantu ibu  mengemas rumah dan bilik tidur (bedroom). Dengan ini kamu dapat meringankan tugasan hariannya. 
Menonton televisyen
Ketika cuti persekolahan inilah dapatlah adik-adik menonton rancangan kegemaran (favourite) di televisyen tetapi janganlah terlalu leka sehingga lupa untuk  membantu ibu bapa melakukan kerja rumah.
Beriadah bersama kawan
Adik-adik juga boleh mengisi jadual cuti kamu dengan beriadah bersama kawankawan di taman (park) permainan. Selain dapat memberi kesan baik pada kesihatan, ia juga dapat mengeratkan persahabatan kamu.
Bergotong-royong
Pada cuti ini, apa kata kamu bersama keluarga bergotong-royong mengemas rumah dan kawasan keliling rumah. Persekitaran (environment) yang bersih akan mendatangkan suasana harmoni di dalam keluarga. 
Membuat persiapan sekolah tahun hadapan
Jangan lupa untuk membuat persiapan (preparation) persekolahan tahun hadapan. Kemas buku-buku, beli kelengkapan alat tulis dan sebagainya. Persiapan
awal dapat memberi motivasi awal untuk belajar. 

Thursday, November 14, 2013

TAHNIAH BUAT NUREEN !!! 5 A DALAM GENGGAMAN PASTI!



Tahniah buat Nureen Farzana yang juga merupakan tokoh pelajar SK Sungai Ara kerana pencapaian cemerlangnya dalam bidang akademik mahupun ko kurikulum dengan memperoleh 5A dalam keputusan UPSR .Tahniah buat Nureen.Diharapkan dengan keptusan yang begitu cemerlang ini menjadi batu locatan kepada beliau untuk terus maju di masa akan datang.Tahniah lagi sekali diucapkan!




Wednesday, November 6, 2013

JOM KITA KE HARI ANUGERAH CEMERLANG SK SUNGAI ARA !!





Hari : Jumaat 

Tarikh : 8 November 2013

Perasmi : En Marzuki bin Muhammad  (YDP Sk Sungai Ara)



Thursday, March 28, 2013

KEMBALI KE SEKOLAH

Cuti pertengahan semester hampir tamat,apakah perancangan anda semua?  Berikut dilampirkan Takwim Untuk Sesi Persekolahan2013 untuk negeri-negeri berikut:





Berikut merupakan takwim persekolahan bagi sesi 2013 untuk negeri-negeri berikut : -





Wednesday, January 16, 2013

PELANTIKAN WATIKAH PENGAWAS PERMBUKA TIRAI AKTIITI SKSA



Perlantikan Watikah Pengawas  Sekolah dan Pengawas Pusat sumber membuka tirai aktiviti Sk Sungai Ara.Perlantikan dirasmikan En Sukardiy Bin Mohd Nor .Ketua Polis Balai Batu Kurau.












Tuesday, January 1, 2013

SELAMAT TAHUN BARU




LEMBARAN 2013 akan terbuka untuk mengisi episod suka dan duka sepanjang tahun setiap insan. Ramai yang berpendapat tidak lengkap tahun baru tanpa azam baru.
Ketika ini, pasti ramai yang sedang menyimpan azam 'saya mahu naik pangkat', 'saya mahu menambah kewangan', 'saya mahu menjadi lebih baik' dan sebagainya.
Azam bermaksud cita-cita, kecekalan, semangat dan ketentuan diri sendiri yang lebih meyakinkan diri sendiri untuk masa depan yang lebih terjamin, bahagia dan ceria.
Bagi meraikan kehadiran tahun baru, anda perlu menetapkan matlamat yang lebih fokus membawa kepada perancangan strategi bergantung kepada segala kemudahan dan kebolehan yang ada diri sendiri.

1) Perhubungan atau keluarga
 Rata-rata mengharapkan sesuatu yang baik sempena tahun baru ini. Jika sebelum ini anda mungkin mengalami masalah perhubungan dengan seseorang, mungkin sudah tiba masanya anda melupakan persengketaan itu. Begitu juga hubungan anda dengan rakan-rakan seharusnya lebih baik. Dalam hubungan keluarga pula, jadikan ikatan itu lebih akrab, mesra dan lebih baik daripada sebelumnya. Jika tahun 2012, anda tidak punya masa untuk keluarga, rancanglah masa yang lebih berkualiti bersama keluarga tahun ini.

2) Kerjaya
 Semua orang ingin mencapai peningkatan dalam pekerjaan. Tiada yang mustahil kerana anda boleh melakukan sekiranya anda berusaha menjadi lebih baik dan meningkatkan produktiviti kerja.

3) Kewangan
 Masalah ini sering menjadi isu utama setiap orang dan institusi keluarga. Mana tidaknya, perbelanjaan diri atau keluarga semakin meningkat saban tahun. Inilah masa untuk anda merancang kewangan dengan melebihkan peruntukan tabungan dan mengurangkan perbelanjaan kehendak diri. Dalam pada itu, anda juga boleh memulakan perniagaan atau pekerjaan sampingan untuk menambah kewangan. Tiada yang mustahil sekiranya anda berusaha.

4) Kesihatan
lJangan lupa kesihatan anda. Setinggi mana pun pencapaian atau kejayaan yang dikecapi, aspek ini jangan diabai. Sekiranya anda tidak pernah bersenam, lakukan sekarang. Dari segi pemakanan, anda perlu mengamalkan menu seimbang. Bagi mereka yang takutkan pemeriksaan kesihatan, berubah segera dan lakukan pemeriksaan sekurang-kurang sekali pada tahun ini.

Wednesday, August 1, 2012

APA ITU NUZUL AL-QURAN ??


Sempena bulan Ramdhan yg mulia ini..beberapa hari sahaja lagi umat-umat islam seluruh dunia akan menyambut Hari Nuzul Al-Quran.Tetap apakah pengertian nuzul Al-Quran??Mari kita fahami dengan sedikit info dan maklumat yg diperolah dari website :
http://www.rakanmasjid.com/artikel/25-lain-lain/455-nuzul-al-quran-dan-lailatul-qadar.html

Oleh;  Dr. Samsu Adabi  Mamat
Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia
 Nuzul Al-Quran

Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga  seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:
Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)
al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.
Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:
”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

Tuesday, January 17, 2012

TAHUN 2012

2012 MEMBUKA TIRAI


Tahun 2011 berlalu dan menutup catatan peristiwa dalam lipatan kenangan. Tahun 2012 membuka lembaran baru disambut dengan azam bagi menjadikannya tahun yang sarat dengan program dan perancangan beriringan doa dipanjangkan umur, dikurnia kesihatan dan kemudahan dalam urusan. Beberapa tanggungjawab dan perancangan besar yang penulis berazam melaksnakannya – Insya Allah.SKSA akan terus merealisasikan visi dan misi

Monday, May 2, 2011

APA YANG DIMAKSUDKAN DENGAN BLOG??

Blog juga adalah satu jenis laman web. Namun, berbeza dari laman web biasa, artikel-artikel baru harus sentiasa ditambah dari masa ke semasa. Ada yang menulis blog setiap minggu, dan ada juga yang menulis blog setiap hari. Dalam blog juga, pembaca boleh memberikan komen dan maklum balas terhadap hasil tulisan anda.

Mengapa Nak Buat Blog?
Tidak dapat dinafikan bahawa kini, blog lebih cepat popular berbanding laman web biasa. Jadi, lebih ramai orang yang mula untuk membuat blog dengan pelbagai tujuan, antaranya ialah:
  • Sebagai diari dan catatan harian
  • Tempat berkongsi ilmu pengetahuan
  • Sumber pendapatan, iaitu sebagai cara untuk buat duit secara online

Thursday, April 21, 2011

LDP (ASAS PEMBINAAN BLOG)

LADAP  2011
LOKASI:MAKMAL KOMPUTER













HARI KOKURIKULUM SKSA 2011

Baru-baru ni,pada 16 & 17 April SK Sungai Ara telah mengadakan Hari Perkhemahan Ko Kurikulum Bertempat di SK Sungai Ara.Terima Kasih Kepada semua yang terlibat .










Tuesday, January 18, 2011

PERTANDINGAN TILAWAH AL -QURAN PERINGKAT ZON BATU KURAU

Baru-baru ini telah berlangsung Pertandingan Tilawah Al-Quran dan beberapa lagi acara seperti pertandingan bercerita Peringkat Zon Batu Kurau yang diadakan pada 2MAC 2011.Walaupun sekolah kita tidak meraih sebaranng tempat,tapi semangat juang yang tinggi telah ditunjukkan amat memberangsangkan.Tahniah kepada yang terlibat.